Reformasi ekonomi perlu dilaksana, demi manfaat jangka panjang negara

2026-08-18 HaiPress

Foto RTM

PUTRAJAYA,18 Ogos – Usaha menstruktur semula ekonomi bukan sesuatu yang mudah,terutama apabila melibatkan pelaksanaan dasar yang kurang popular.

RINGKASAN BERITA AI

Langkah itu turut menyokong kemampanan sektor tenaga negara.

Peluasan skop SST pula menunjukkan impak positif terhadap konsolidasi hasil negara tanpa menjejaskan kuasa beli dalam pasaran domestik,menerusi pendekatan progresif berasaskan prinsip keadilan sosial.

Datuk Seri Amir Hamzah berkata,pelaksanaan sistem e-Invois secara berfasa kini menjadi tunjang kepada usaha meningkatkan ketelusan ekosistem perniagaan negara.

“Sistem itu bukan bertujuan membebankan,sebaliknya membantu mengecilkan saiz ekonomi bayangan,meningkatkan kecekapan taksiran serta mempercepat proses tadbir urus percukaian domestik,” katanya.

Mengulas prestasi semasa,beliau berkata,ekonomi Malaysia kekal berada pada landasan kukuh apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.4 peratus pada suku pertama dan enam peratus pada suku kedua 2026.

Prestasi itu menjadikan pertumbuhan ekonomi keseluruhan bagi separuh pertama tahun ini sebanyak 5.7 peratus,melepasi julat unjuran Bank Negara Malaysia antara empat hingga lima peratus.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia daripada 4.3 peratus pada Januari kepada 4.7 peratus pada April lalu dan mengekalkannya dalam unjuran terkini pada Julai.

Selain nilai ringgit yang kekal stabil sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini,jumlah pelaburan diluluskan pada 2025 mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah,sebanyak RM431.1 bilion atau meningkat 11 peratus.

Pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2026 pula kekal mampan pada RM92.8 bilion.

Bagaimanapun,Datuk Seri Amir Hamzah menegaskan,pencapaian ekonomi itu tidak bermakna sekiranya rakyat masih bergelut dengan tekanan kos sara hidup.

Sehubungan itu,kerajaan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada RM10 bilion pada 2024 kepada RM15 bilion,menjadikannya peruntukan bantuan bersasar tertinggi dalam sejarah.

Program Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran turut diperluas ke semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri serta 40 zon di Wilayah Persekutuan.

Sehingga 30 Jun lalu,sebanyak 15,881 program berkenaan telah dilaksanakan.

Kerajaan juga melaksanakan penyasaran subsidi menerusi BUDI MADANI Diesel mulai 1 Julai lalu,yang membolehkan rakyat layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter dengan had asas sehingga 200 liter sebulan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.