2026-08-21
HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Marhamah Rosli menyempurnakan Majlis Perasmian WITEX 2026 / Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Ogos – Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Sedunia (WITEX) 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,menyasarkan potensi impak ekonomi dan komersial berjumlah kira-kira RM60 juta.
RINGKASAN BERITA AI
−
Daripada jumlah keseluruhan sasaran potensi impak ekonomi dan komersial,RM20 juta untuk padanan perniagaan dan transaksi perdagangan; RM15 juta potensi pelaburan serta perkongsian strategik; RM10 juta jualan dan prospek komersial; serta RM5 juta perbelanjaan pelancong dan pengunjung.
Manakala RM10 juta lagi melalui penyertaan antarabangsa dan sumbangan ekonomi.
Majlis perasmian WITEX 2026 hari ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Marhamah Rosli di sini,yang turut menyaksikan perasmian Festival Budaya dan Seni Sedunia.
Sementara itu,jumlah pempamer perdagangan dan pengunjung bagi WITEX edisi keempat turut disasar meningkat dengan masing-masing sebanyak 30 peratus dan 60 peratus.
Antara penglibatan baharu pempamer perdagangan ialah China,Algeria,Kemboja dan Eropah.
WITEX 2026 memberi tumpuan kepada pelancongan Islam,perdagangan halal,pelaburan,kebudayaan dan seni.
Selain itu,Anugerah Pelancongan Islam Sedunia 2026 akan diadakan pada 24 Ogos sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan,inovasi dan kepimpinan dalam industri pelancongan serta perdagangan Islam global.